Jaga-Jaga Data Inflasi AS Malam Ini, EUR/USD Mungkin ‘Mengamuk’

809

Menilai perkembangan pasaran penghujung minggu ini, US dolar masih lagi gagal untuk mendominasi pasaran kewangan sejak awal minggu sehingga dagangan Rabu semalam.

Selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan pada Jumaat lalu, minggu ini pelabur berwaspada menantikan laporan inflasi AS yang bakal diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi.

Sementara mata wang Euro pula gagal mengambil kesempatan untuk mengukuh berbanding pergerakan US dolar yang suram.

Laporan bagi unjuran ekonomi Eropah oleh Suruhanjaya Eropah bakal dipantau pada terbitan di sesi Eropah hari ini.

Kadar inflasi Eropah dijangka untuk menurun di bawah paras sasaran bank pusat 2% sementara kadar pertumbuhan ekonomi diramalkan baik pada tahun 2023.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga masih berlegar dalam julat paras 1.14000-1.14500 sehingga bersambung pada dagangan pagi ini.

Kenaikan harga yang dipaparkan gagal melepasi rintangan 1.14500 sebelum penurunan berlaku semula pada sesi New York susulan tekanan yang diberikan oleh US dolar disokong peningkatan hasil perbendaharaan AS.

Arah pergerakan harga yang lebih jelas dinantikan para pelabur selepas data inflasi diterbitkan hari ini yang dijangka akan memacu pergerakan US dolar.

Penurunan harga bakal menguji paras sokongan 1.14000 sebelum harga susut lebih rendah memberi isyarat untuk perubahan trend bearish berkemungkinan menuju ke zon tumpuan sekitar 1.12600 yang menjadi zon lonjakan harga minggu lalu.

Sementara untuk jangkaan kenaikan harga pula, rintangan 1.14500 bakal dilepasi sekiranya US dolar terus kehilangan tarikannya dan mendorong harga menuju zon rintangan 1.14800 yang dicapai minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat