Jaga-Jaga Dengan Dagangan EUR/USD Menjelang NFP!

714

Fundamental pasaran membuatkan pelabur lebih berhati-hati dengan tumpuan terarah pada pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi pasaran kewangan global.

Spekar Dewan, Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin meneruskan perbincangan pakej bantuan Coronavirus. Namun, kurang menyenangkan pelabur apabila Republik dan Demokrat masih lagi tidak bersefahaman, namun menyatakan masih optimis untuk mencapai persetujuan rundingan.

Sejak semalam, pergerakan US dolar berikan petunjuk yang kurang jelas dengan perkembangan pakej rangsangan tersebut di samping data ekonomi AS yang juga bercampur-campur.

US dolar bakal mengukuh dengan sentimen risiko terhadap kebimbangan terhadap pakej rangsangan AS, namun pelabur berkemungkinan berwaspada dengan laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan di sesi New York.

Pergerakan harga pada carta EUR/USD semalam dilihat volatile dalam julat sekitar 50 pips dari paras 1.17200 dengan paras ketinggian 1.17700.

Pergerakan turun naik harga dipengaruhi oleh reaksi pelabur terhadap perbincangan pakej rangsangan AS yang dilihat seperti ‘tarik-tali’. Dengan tiada keputusan yang benar-benar meyakinkan, pelabur akan kekal berwaspada.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, harga masih lagi bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50).

Namun, bersambung di awal sesi Asia pada Jumaat, harga dilihat mula untuk turun di bawah paras sokongan tersebut dan bakal memberikan isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan melepasi paras 1.17200 dilihat akan didorong ke paras lebih rendah ke zon support mingguan sekitar 1.16800 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke zon support 1.16100.

Sebaliknya, jika US dolar bergerak lemah di penghujung minggu, kenaikan harga dijangkakan ke paras tumpuan sekitar 1.18000.

Pantau sentimen pasaran semasa serta laporan data pekerjaan NFP yang akan menjadi tumpuan di sesi New York sebentar lagi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat