Jaga-Jaga! Mr DIY Belum Selamat

11,826

Affin Hwang Capital Research mengekalkan cadangan ‘sell’ kepada Mr D.I.Y. Group (M) Berhad (Mr DIY) dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM1.21 dan memberi amaran pendapatan syarikat itu berisiko untuk menyusut pada suku berikutnya.

Mr DIY mencatatkan keuntungan bersih utama sebanyak RM113.5 juta pada suku ketiga tahun 2020 (3Q20), yang didorong oleh purata jualan bulanan tinggi di setiap kedai.

Affin Hwang menyatakan nilai pendapatan itu turut sebahagian besarnya dibantu oleh pertumbuhan margin kasar sebanyak 2 mata peratusan kepada 42.4%.

“Peningkatan ini mungkin berlaku sekali sahaja pada pandangan kami kerana kami menjangkakan akan berlaku peningkatan persaingan harga dalam jangka masa yang panjang.

“Kami juga mengunjurkan penjualan yang lebih perlahan bagi setiap kedai dan kos operasi seperti sewa dan upah akan mula mengatasi pertumbuhan jualan,” kata firma terbabit.

Firma itu masih mengekalkan ramalan pendapatannya terhadap Mr DIY.

Menurut Affin Hwang, 60% kedai Mr DIY terletak dalam pusat membeli-belah dan faktor itu akan memberi kesan yang tinggi kepada pendapatan syarikat berkenaan khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat