Jaga-jaga! Rusia Pun Boleh Jatuhkan Sekatan

5,871

Rusia memberi amaran bahawa ia mungkin akan menutup saluran paip gas utamanya ke Jerman jika Barat meneruskan rancangan untuk mengharamkan minyak dari negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak mengatakan Eropah akan menderita dengan keputusan mereka untuk menyekat import tenaga dari Rusia kerana ia adalah mustahil untuk mencari pengganti dengan cepat di pasaran Eropah.

Ia akan mengambil masa bertahun-tahun dan pengguna Eropah akan menanggung kos lebih mahal disebabkan sekatan tersebut, tambah beliau.

Dengan merujuk kepada keputusan Jerman bulan lepas untuk menghentikan projek Nord Stream 2, saluran paip gas baharu yang menghubungkan kedua-dua negara, Novak mengatakan bahawa sekatan minyak boleh menyebabkan tindakan balas.

Rusia mempunyai hak untuk mengambil keputusan yang sama dan mengenakan sekatan ke atas pengepaman gas melalui saluran paip gas Nord Stream 1 sedia ada.

Pada hari Isnin, Amerika Syarikat telah memberitahu bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menyekat import minyak Rusia sebagai salah satu sekatan kerana serangannya ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, Jerman dan Belanda menolak rancangan tersebut dan Washington kemudiannya dilaporkan bersedia untuk bertindak sendirian.

Kesatuan Eropah (EU) mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap Rusia, di mana kira-kira 40% gas dan 30% minyaknya adalah dari Moscow. Mereka juga tidak mempunyai pengganti mudah jika bekalan terganggu.

Dalam pada itu, Alexander Novak turut memberitahu bahawa pengharaman minyak Rusia akan membawa bencana kepada pasaran global yang mendorong harga meningkat lebih dua kali ganda sehingga mencecah $300 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat