Jaga-jaga! USD Susut Menjelang Data Inflasi AS

3,386

Menanti detik penerbitan data inflasi Amerika Syarikat, US dolar terus didagangkan di paras tertinggi 20 tahun meskipun mencatatkan sedikit penurunan pada sesi Eropah.

Para pelabur kini lebih berhati-hati dalam meletakkan posisi berikutan jangkaan bahawa kadar inflasi AS pada bulan April mungkin akan memaparkan sedikit penyusutan daripada bacaan sebelumnya.

Kebanyakan mata wang utama termasuk euro memanfaatkan peluang ini untuk mencatatkan sedikit keuntungan, di mana ia turut mendapat sokongan daripada kenyataan hawkish beberapa penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB).

Presiden ECB, Christine Lagarde mengatakan peningkatan kadar faedah pertama akan berlaku bila-bila masa selepas program pembelian aset ditamatkan dan selepas kenaikan pertama, proses normalisasi akan dilakukan secara beransur-ansur.

Sementara Luis de Guindos pula menjangkakan kadar inflasi akan kekal pada 4% hingga 5% menjelang akhir tahun, yang memberi tanda bahawa terdapat potensi untuk kenaikan kadar oleh ECB.

Dalam pada itu, mata wang berkaitan komoditi turut mempamerkan pemulihan dengan dolar Aussie dan kiwi masing-masing bangkit dari paras terendah yang disentuhnya pada sesi sebelum ini.

Walaupun begitu, pelabur tetap berhati-hati dengan pergerakan semasa yang dipaparkan dalam pasaran memandangkan terdapat data utama yang akan dikeluarkan pada sesi New York nanti.

Ketika penulisan, indeks dolar diperdagangkan susut pada 103.40 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat