Jana Profit $20 Juta Dalam 1 jam, Elon Musk Bakal Atasi Kekayaan Jeff Bezos?

1,992

Berikutan dengan harga saham Tesla yang terus melonjak, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Elon Musk mencatatkan kekayaan sebanyak $4.5 bilion semalam. Elon Musk yang memiliki kira-kira 19% daripada saham syarikat itu yang bernilai $34.1 juta berjaya memperoleh keuntungan berganda apabila saham syarikat merekodkan peningkatan lebih daripada 17% ketika sesi dagangan pagi Isnin dan tengah hari Selasa.

Sehubungan dengan itu, nilai kekayaan yang diperolehinya telah meningkat sebanyak lebih daripada $17 bilion mengatasi jutawan terkemuka dunia yang lain. Sejak 1 Januari, beliau dikhabarkan menjana keuntungan sebanyak $500 juta sehari atau $20 juta dalam masa 1 jam!

Adakah kekayaannya itu berjaya mengatasi Jeff Bezos, pengasas Amazon yang merupakan jutawan nombor 1 dunia?

Hakikatnya, beliau masih kekurangan $80 bilion untuk menjuarai senarai jutawan yang kini menempatkan nama Jeff Bezos. Namun, pencapaian yang dimiliki oleh Elon Musk sangat mengejutkan kerana berjaya mencapai keuntungan lebih $17 bilion dalam tempoh masa yang singkat!

Sedangkan Jeff Bezos hanya mampu meningkatkan pendapatannya sebanyak $9 bilion manakala jumlah pendapatan Bill Gates hanya meningkat kira-kira $2 bilion pada tahun ini.

Uniknya, kekayaan yang diperolehi oleh Elon Musk ini mencatatkan sejarah terbaru dalam dunia jutawan! Hal ini demikian kerana Jeff Bezos yang merupakan jutawan nombor 1 dunia berjaya memiliki kekayaan sebanyak $40 bilion dalam tempoh 12 bulan iaitu pada 2017 dan 2018 manakala Elon Musk berjaya meningkatkan jumlah pendapatannya hanya dalam masa sehari!

Adakah jumlah saham Tesla kepunyaan Elon Musk akan menjadikan beliau lelaki terkaya dunia dan mengalahkan Jeff Bezos?

Kini, beliau berada di kedudukan ke-20 dalam senarai jutawan terkemuka dunia. Bagi mengatasi Jeff Bezos, beliau memerlukan sebanyak $125 bilion dengan nilai saham Tesla mencecah sebanyak $3,665. Jika beliau berjaya memegang harga saham sedemikian ditambah dengan sasaran keuntungan sebanyak $14 bilion setahum dan disertai dengan kewangan lain seperti bonus pampasan sebanyak lebih $50 bilion daripada Tesla, nilai pendapatannya boleh mencecah sebanyak $175 bilion sekaligus menjadikannya sebagai lelaki terkaya di dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat