Janet Yellen Melonjakkan US Dolar Dalam Testimoni Kepada Senat US

46

Dalam kenyataan bertulis Janet Yellen kepada Senat, pengerusi ‘Federal Reserve‘ Janet Yellen menyatakan bahawa perubahan kepada ‘kadar faedah’ adalah perlu.

Kenaikan kadar faedah adalah perlu dalam mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) akan datang, jika ekonomi akan terus berada pada landasannya. Dalam mesyuarat akan datang, FOMC juga akan menilai sama ada pekerjaan dan inflasi terus berkembang sejajar dengan jangkaan mereka.

Sekali lagi Yellen mengatakan, “Menungggu terlalu lama untuk menaikkan kadar adalah tidak bijak” kerana ia boleh memberi kesan kepada kenaikan kadar yang ‘terganggu’ seterusnya menolak ekonomi kepada kemelesetan.

Menurut beliau, data-data terkini memberi petunjuk bahawa pasaran pekerjaan US terus kukuh dan inflasi bergerak ke arah 2% sejajar dengan jangkaan FOMC. Dalam konteks ini, FOMC menjangkakan ekonomi akan terus berkembang pada kadar sederhana dengan pasaran pekerjaan akan terus mengukuh di masa hadapan.

Beliau melihat polisi monetari US dan global masih lagi ‘akomodatif’ dengan jangkaan ekonomi yang masih dalam ketidaktentuan.

Dalam kenyataannya tentang polisi fiskal beliau mengatakan perubahan dalam polisi ini akan memberi kesan kepada jangkaan ekonomi di masa hadapan, tetapi adalah terlalu awal untuk mengetahui kesan-kesannya kepada ekonomi.

Yellen berharap bahawa perubahan polisi fiskal sejajar dan mengambil kira akaun fiskal kerajaan US ketika ini dengan kata lain ‘jangan naikkan perbelanjaan fiskal kerajaan’.

US dolar memberi respon positif dengan lonjakan matawang ini berbanding matawang utama dunia yang lain. Secara keseluruhan, kenyataan awal bertulis beliau konsisten dengan sesi soal-jawab Senat kepada beliau. Kenyataan beliau menyokong kenaikan kadar dalam mesyuarat akan datang dan kesannya US dolar menguat dengan Usd/Jpy melonjak hampir 80 pip, Eur/Usd melemah 50 pip dan Usd/Cad menguat 70 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat