Jangan Bertenang Dulu, Minggu Ini Lagi ‘Hebat’ Impaknya Pada Pasaran!

3,438

Belum cukup dengan ‘angin ribut’ yang membadai pasaran minggu lalu, pelabur kini perlu bersiap sedia untuk ‘tsunami’ dari keputusan mesyuarat polisi daripada empat bank pusat utama minggu ini.

Khamis, akan menjadi hari penting yang bakal menggoncang pasaran dengan mesyuarat polisi FOMC, Bank of Japan (BOJ), England (BOE) dan Swiss National Bank (SNB).

Meneliti pergerakan mata wang pada awal minggu, dapat dilihat bahawa US dolar kekal didagangkan lebih kukuh berbanding mata wang utama walaupun sedikit susut dari paras ketinggian yang dicapainya minggu lalu.

Pelabur terus berpegang pada keyakinan untuk melihat satu lagi kenaikan 75 mata asas pada minggu ini dengan kemungkinan kecil peningkatan 100 mata asas turut menjadi jangkaan pasaran.

Sementara itu, yen didagangkan mendatar pada sekitar paras terendah 24 tahun ketika pelabur menantikan isyarat baharu menjelang mesyuarat BOJ untuk sebarang campur tangan daripada pihak berkuasa.

Mata wang pound terus melemah di sekitar paras terlemah terbaharu 37 tahun yang disentuhnya pada Jumaat walaupun di tengah-tengah jangkaan bahawa BOE akan meneruskan kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat minggu ini.

Beralih pada mata wang Swiss franc yang diniagakan mendatar, SNB dijangka akan meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas yang akan membawa kadar faedahnya menjadi positif buat pertama kali dalam tempoh lebih 10 tahun.

Dalam pada itu, mata wang euro didagangkan pada sekitar harga pariti, bergelut untuk mempertahankan harga daripada jatuh lebih rendah dengan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah kini menjadi fokus pasaran.

Mata wang komoditi, dolar Aussie, New Zealand dan Kanada masing-masing diniagakan sedikit berubah pada paras terendah dua tahun berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat