Jangan Cuba Bermain Dengan Api – China

458

China menjalankan latihan ketenteraan berdekatan Selat Taiwan dengan alasan untuk ‘melindungi kedaulatannya’ susulan lawatan Pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Keith Krach ke Taiwan bermula semalam.

Latihan berkenaan diadakan di tengah-tengah ketegangan memuncak antara Beijing dan Washington serta pendirian AS untuk menyokong Taiwan.

China sering menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang mendakwa AS dan Taiwan ‘sering kali mencetuskan kekacauan’ tanpa merujuk kepada lawatan Krach.

Tambah Guoqiang, AS menggunakan Taiwan untuk menguasai China atau cuba bergantung kepada negara luar untuk membina pengaruhnya.

“Sesiapa yang bermain dengan api akan membakar diri sendiri,” tegas Guoqiang.

Guoqiang tidak memberikan maklumat lebih terperinci mengenai latihan ketenteraan itu namun mendakwa latihan tersebut adalah dibenarkan dan wajar diadakan bagi melindungi kedaulatan serta integriti China.

Dalam pada itu, Washington memaklumkan Krach mengadakan lawatan rasmi ke Taiwan bagi memberi penghormatan kepada mendiang bekas Presiden Taiwan, Lee Teng-hui esok.

Hari ini, Krach dijadualkan bertemu Presiden Tsai Ing-wen untuk majlis makan malam di kediaman rasmi Presiden. Bagaimanapun tiada jemputan untuk media bagi acara berkenaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat