Jangan Desak Kuroda, Beliau Tahu Apa Yang Terbaik Buat Jepun!

101

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda mengatakan bahawa “tiada sebab” untuk bank pusat berkenaan menarik balik rangsangan monetari yang telah diadaptasi ke dalam ekonomi Jepun memandangkan inflasi masih berada jauh daripada sasaran sebanyak 2 peratus.

Kuroda juga menolak kebimbangan pasaran yang mengatakan bahawa bank pusat Jepun akan kehilangan keupayaan untuk mengawal kadar faedah jangka panjang sekiranya meneruskan rangka kerja tersebut.

Menurut Kuroda dalam satu majlis bersama dengan Reuters, walaupun beberapa penambahbaikan telah diperhatikan terhadap perkembangan ekonomi dan harga, paras inflasi masih berada pada tahap yang agak lemah.

Beliau juga menambah bahawa BoJ tidak akan meningkatkan sasaran hasil bon walaupun berlaku peningkatan terhadap kadar faedah jangka panjang di luar negara.

Buat masa ini, BoJ meletakkan sasaran kadar faedah jangka pendek pada negatif 0.1 peratus dan sasaran hasil bon kerajaan pada paras sekitar sifar peratus selepas mesyuarat dasar pada 16 Mac lalu.

Ekonomi Jepun menunjukkan tanda-tanda pemulihan dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana sektor eksport dan pengeluaran kilang mendapat manfaat daripada pemulihan permintaan global.

Harga pengguna di Jepun juga mengalami peningkatan buat kali pertama dalam tempoh lebih setahun pada bulan Januari dengan jangkaan peningkatan beransur-ansur buat bulan-bulan seterusnya.

Nak Tahu Punca Kejatuhan Harga Emas? Baca Ulasannya di dalam Artikel Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat