Jangan Fikir USD Sudah ‘Comeback’, Sebaliknya Ini Yang Terjadi!

359

US dolar mengakhiri dagangan Isnin pada sekitar paras terendah walaupun berhasil mencatat beberapa keuntungan pada awal minggu.

Raja mata wang itu mulanya mendapat sokongan daripada kenyataan penggubal dasar Federal Reserve, Gabenor Christopher Waller yang kedengaran masih lagi hawkish.

Beliau memberi amaran bahawa pelabur tidak boleh hanya melihat kepada satu data inflasi sahaja, sebaliknya penurunan seterusnya dalam data diperlukan untuk menunjukkan tekanan harga betul-betul berkurang.

Meskipun begitu, US dolar kembali mengurangkan keuntungan selepas mendengar kenyataan daripada seorang lagi penggubal dasar, Naib Pengerusi Fed Lael Brainard.

Ujar Brainard, Fed mungkin akan memperlahankan kadar pengetatannya tidak lama lagi setelah melihat berapa tinggi kadar faedah perlu dinaikkan dan berapa lama masa untuk menurunkan inflasi.

Secara keseluruhan, pergerakan yang dipaparkan dalam pasaran mata wang adalah mendatar, memperlihatkan kebanyakan mata wang utama kekal didagangkan tinggi manakala US dolar terus berlegar pada paras terendah.

Namun, perkembangan Covid-19 di China yang terus menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes jangkitan harian di bandar-bandar utama dilihat sedikit memberi sokongan buat dolar greenback sebagai safe-haven dengan menyokongnya daripada kejatuhan lebih rendah.

China akan mengeluarkan beberapa data makroekonomi pada hari Selasa (jam 10 pagi), yang mungkin mempengaruhi sentimen pasaran sekurang-kurangnya sepanjang sesi Asia.

Dalam pada itu, pelabur turut menantikan penerbitan data inflasi pengeluar (PPI) Amerika Syarikat pada sesi New York akan datang yang dijangka akan menunjukkan bacaan yang tinggi.

Buat pelabur pound, data pekerjaan UK akan menghiasi sesi Eropah yang boleh memacu arah tuju dagangan mata wang itu seterusnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat