Jangan Gembira Terlalu Awal, Bitcoin Ada Potensi ‘Berdarah’ Kembali!

324

Sejak kebelakangan ini, harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya membuat pendakian, tetapi ia berkemungkinan akan membuat kejatuhan semula jika pasaran bearish kembali sungguhpun keuntungan mingguan mencapai 9%.

Rentetan itu, aset digital tersebut dijangka bakal menyaksikan penurunan dalam jangka pendek walaupun para pelabur BTC menjangkakan harganya akan melonjak.

Difahamkan juga bahawa BTC menunjukkan liquidity besar pada zon $21,400 yang berpotensi menjadi paras rintangan bagi membuat penyusutan semula.

Oleh demikian, para pelabur dijangkakan akan membuat persediaan menjual BTC mereka bagi mengaut sejumlah keuntungan semasa harga melakukan penurunan.

Malah dilaporkan terdapat pelabur yang memindahkan sejumlah besar BTC ke dalam exchange dalam tempoh yang pendek, iaitu 21 dan 17 BTC.

Sementara itu, BTC menyaksikan aliran modal yang tinggi selepas kebanyakan pelabur mula menunjukkan minat mendalam terhadap pasaran derivatif BTC.

Justeru, baru-baru ini juga stablecoin telah dihantarkan ke exchange agar pelabur mampu membuka posisi jualan atau mengaut keuntungan semasa harga berada dalam keadaan pembetulan.

Setakat penulisan ini, BTC kini berlegar-legar pada zon harga $20,519 dalam tempoh 24 jam lalu dengan mencapai paras tertinggi bulanan pada $20,988, iaitu membuat peningkatan sebanyak 14% daripada julat rendah bulanan $18,400.

Namun begitu, para pelabur mesti memerhati dengan teliti sama ada aset digital tersebut akan menembusi paras harga $21,000 sebelum hujung minggu ekoran ia akan mencapai paras tertinggi bulanan baharu sejurus selepas pergerakan sideway tamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat