Jangan Happy Sangat, EUR/USD Bakal Buat Ramai Terciduk Malam Ini!

311

Pergerakan harga dalam pasaran pada dagangan Selasa semalam kekal tak menentu dengan kewaspadaan pelabur menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada hari ini (Rabu).

US dolar dilihat menyambung pengukuhan untuk beberapa sesi, namun pada momentum mula perlahan semula di sesi New York semalam.

Berdasarkan ramalan, indeks harga pengguna (CPI) AS untuk April dijangka kekal tidak berubah di paras 0.5%, namun terdapat ramalan untuk angka yang lebih rendah.

Kadar inflasi yang semakin menurun akan memberi kesan penyusutan terhadap US dolar, di mana akan menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) beralih ke dasar monetari yang lebih longgar.

Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, corak penurunan masih diteruskan mencecah ke paras terendah minggu lalu.

Harga mula susut dari paras 1.10000 hingga ke sekitar 1.09400 sebelum mendatar di atasnya sehingga sesi New York berakhir.

Pergerakan harga masih menunjukkan isyarat bearish apabila kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Sekiranya harga meneruskan penurunan, zon sokongan pada 1.09000 dilihat bakal diuji dan akan dipantau reaksinya untuk pelabur menilai pergerakan selanjut harga.

Tembus lebih rendah akan menjangkakan penurunan bakal diteruskan lebih rendah menuju sasaran pada 1.08000 pula.

Sebaliknya jika harga melonjak, paras 1.10000 bakal diuji semula selain halangan MA50 juga akan turut cuba ditembusi harga.

Jika rintangan-rintangan berikut berjaya dilepasi, akan menjadi isyarat awal perubahan trend bullish sebelum pelabur menjangka kenaikan harga bakal diteruskan menuju zon rintangan sebelum ini pada 1.10800.

Kenaikan harga jika masih diteruskan bakal catatkan paras ketinggian terbaru sejak Mac 2022 lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat