Jangan Ingat AS Je Ada Kuasa Kenakan Tarif, EU Pun Boleh!

309

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah memberi kuasa kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan tarif ke atas barangan AS yang bernilai $4 bilion sebagai tindak balas kepada subsidi yang diberikan kepada syarikat pembuat pesawat Amerika, Boeing Co.

Berikutan daripada tindakan WTO ini, ia pastinya akan menimbulkan ketegangan baru dalam hubungan antara EU dan AS, di mana sebelum ini Washington telah mengenakan tarif ke atas $7.5 bilion barangan EU.

Malah, ia juga akan memberi risiko kepada Presiden AS Donald Trump menjelang pilihan raya presiden pada November ini.

Kedua-dua pihak telah terlibat dalam perselisihan selama 16 tahun berhubung bantuan terhadap industri pesawat mereka dalam beberapa kes yang bersama-sama mewakili pertikaian perdagangan korporat terbesar di dunia.

Menurut sumber, tarif yang perlu diterapkan secara formal oleh WTO ini berkemungkinan tidak akan dikenakan sebelum pemilihan presiden pada 3 November memandangkan Brussels tidak mahu menganggu proses kempen pilihan raya.

Tambahan daripada itu, tarif ini juga tidak termasuk beberapa tarif yang bernilai $4.2 bilion daripada kes sebelumnya. Ini bermaksud, jumlah tarif yang bakal dikenakan EU adalah berjumlah $8.2 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat