Jangan Ingat ECB Akan Kekalkan Kadar Faedah Terendah Selamanya

175

Ekonomi zon Eropah dilihat masih bergelut dalam berdepan krisis pandemik dengan kes jangkitan semakin menunjukkan angka yang kurang sihat terutamanya di Jerman sebagai ekonomi terbesar Eropah.

Menurut Jens Weidman sebagai ahli jawatankuasa bank pusat Eropah (ECB) dan juga Presiden Bundesbank, unjuran ekonomi Eropah bergantung kepada situasi krisis pandemic Covid-19 dan perkembangan selepas penutupan ekonomi.

Penggubal polisi di Eropah walau bagaimanapun tidak melihat gelombang kedua Coronavirus akan memberi kesan lebih buruk berbanding gelombang pertama.

Komen beliau lagi, kerajaan juga perlu berusaha mencari jalan untuk membangunkan semula ekonomi dan tidak mengharapkan untuk bank pusat terus mengekalkan kadar faedah di paras rendah selama-lamanya.

Namun begitu, menurut beliau perubahan polisi kadar faedah memerlukan tempoh yang lebih lama untuk berlaku.

Kerajaan walau bagaimanapun tetap perlu bersedia untuk kenaikan kadar faedah dan tidak mengambil ringan tentang hutang kerajaan.

Untuk kesan terhadap pergerakan mata wang, Euro dilihat masih didagangkan stabil dalam pasaran sehingga ke penghujung 2020 yang turut disokong oleh penyusutan ketara US dolar sejak pandemik bermula.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat