Jangan Ingat XRP Dah Menang, SEC Baru Nak Mula Perang!

822

“Maksudnya jauh lagi ke perjalanan XRP untuk menang?”

Susulan gagal memberi bukti kukuh, Ripple berjaya memperoleh satu lagi kemenangan apabila Hakim Analisa Torres baru-baru ini menolak usul Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) yang ingin merayu untuk kes itu.

Rentetan daripada berita tersebut, harga mata wang kripto XRP diasaskan oleh Ripple telah mendaki lebih 5% apabila komunitinya meluahkan keterujannya kerana beranggapan pertempuran undang-undang itu akan berakhir tidak lama lagi.

Ditambah pula Hakim Torres telah menetapkan tarikh perbicaraan pada 23 April 2024, oleh itu kedua-dua pihak mesti menyerahkan semua pemfailan dan dokumen perbicaraan diperlukan sebelum 4 Disember 2023.

Bagaimanapun, SEC boleh merayu kes itu sebaik sahaja perbicaraan selesai susulan Penganalisis Litigasi Senior Bloomberg Elliott Z. Stein mendedahkan mahkamah hanya menolak rayuan interlokutori sebelum penghakiman terakhir dalam kes tersebut berlaku.

Pada sisi berbeza, ciri XRP Ledger Versi 1.12.0 yang membenarkan pengeluar aset menuntut semula token jika mereka mengesyaki bahagian penerima adalah penipuan telah mencetuskan kontroversi di kalangan komuniti yang bimbang ia akan beri pengeluar kawalan berlebihan.

Meskipun begitu, Ripple telah disenaraikan dalam senarai Fintech 100 kerana memodenkan cara pembayaran rentas sempadan.

Bukan itu sahaja, salah satu anak syarikat institusi kewangan terbesar JPMorgan, Chase Bank pula telah memeterai perjanjian bersama sistem penyelesaian blockchain FCF Pay untuk membenarkan pelanggan menggunakan kripto seperti XRP sebagai pembayaran.

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 0.61% pada paras $0.52 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $27 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 2.85% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat