Jangan Keliru, IOI Corp Dan NFT IOI Token Tiada Kaitan

236

Nama macam sama tapi tak serupa.

IOI Corp Bhd telah menegaskan syarikat mereka tiada kaitan sama sekali dengan non-fungible token (NFT) IOI Token dan turut menolak mana-mana skim pelaburan dalam talian berkenaan syarikat tersebut.

Memetik sumber dari The Edge, kumpulan tersebut menolak sebarang perkaitan dengan IOI Token dan menyatakan yang mereka akan mengambil tindakan yang diperlukan terhadap penipuan (scams) berkenaan sebarang skim pelaburan atas talian yang menggunakan nama mereka.

IOI Corp merupakan sebuat syarikat koglomerat perindustrian minyak kelapa sawit yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Manakala IOI Token merupakan satu bentuk mata wang kripto yang dikeluarkan oleh Qorpo Market dengan harga dagangan AS$4.21 dan permodalan pasaran sebanyak AS$30 juta.

Satu laman sesawang meramalkan mengenai Token IOI untuk tiga tahun berturut-turut, menyatakan bahawa pasaran tidak akan pernah stabil atau pasaran sentiasa tidak menentu jadi harga mata wang kripto juga turun naik dengan pasaran disebabkan oleh turun naik pasaran.

Setakat tengah hari Isnin 29 November, saham IOI Corp berakhir rendah 7 sen atau 1.87% pada RM3.68 dengan permodalan pasaran pada RM23.13 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat