Jangan Main-main! AS Beri Amaran Pada China Jika Bantu Rusia

3,259

Pegawai dari Amerika Syarikat dan China bertemu pada hari Isnin dalam pertemuan peringkat tertinggi pertama mereka di Rom untuk membincangkan mengenai pelbagai cabaran yang dihadapi hubungan dua hala mereka , termasuk perang Rusia-Ukraine.

Seorang pegawai kanan pentadbiran menyifatkan rundingan tersebut sebagai ‘tegang’ dan berlangsung sekurang-kurangnya selama tujuh jam.

Menurut pegawai yang tidak mahu namanya didedahkan itu, penasihat keselamatan negara Biden, Jake Sullivan menyampaikan kebimbangan AS kepada diplomat tertinggi China, Yang Jiechi, bahawa Beijing mungkin cuba membantu Rusia menghadapi sekatan global.

Ini susulan laporan yang mengatakan Moscow telah meminta bantuan China bagi menyediakan peralatan ketenteraan untuk perangnya di Ukraine, yang kini memasuki minggu ketiga.

Bagaimanapun, Beijing telah menafikan laporan bahawa ia telah diminta Moscow untuk peralatan ketenteraan atau sebarang bantuan lain bagi menyokong serangannya terhadap Ukraine. Ini turut dinafikan oleh jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada hari Isnin.

Selain itu, Sullivan juga dikatakan turut memberi amaran kepada China bahawa jika ia didapati membantu Rusia, Beijing akan menerima pembalasan yang tinggi. Ini termasuk membantu Moscow mengelak dari sekatan yang dikenakan oleh AS dan sekutu Barat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat