Jangan Main-Main Dengan TikTok, 29,000 Video Dipadam!

919

Eropah menyaksikan 29,000 video penggunanya dipadam kerana mendapati melanggar peraturan platform media sosial yang sedang meningkat naik, TikTok.

Dikatakan syarikat berpangkalan di China itu memadam video yang mempunyai ciri-ciri penyebaran maklumat palsu berkaitan dengan Coronavirus.

TikTok melaporkan sekurang-kurangnya 3,000 video berkait rapat dengan maklumat yang salah mengenai perubatan.

Berdasarkan analisis pihak TikTok cawangan Eropah, kemuncak rekod jumlah pengguna yang melanggar polisi mereka merupakan pada Mac dan menurun pada April, sebelum menyaksikan penurunan mendadak pada Mei dan Jun 2020.

TikTok memandang serius terhadap perkara ini menerusi ciri terbaru mereka iaitu label bertulisan ‘Kenali fakta tentang COVID-19’ pada video yang memiliki perkataan, tanda pagar atau muzik berkaitan dengan wabak tersebut.

Menerusi label itu, pengguna akan dibawa kepada sumber yang sah. Dikatakan lebih dari 7 juta video di Eropah menerima label tersebut.

Tindakan pihak TikTok dalam menangani budaya ini membuktikan mereka memiliki kebolehan A.I dan kecekapan pengurusan dalam memadam video sebelum ditonton oleh orang lain.

Sebelum ini pada separuh kedua 2019, TikTok berjaya memadam 49 juta video yang dikatakan memiliki unsur 18SX. Manakala kurang dari 1% video berkait rapat dengan keganasan turut dipadam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat