Jangan Risau, New Zealand Selamat Dari Kemelesetan!

123

Rentetan daripada keputusan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson yakin negara itu boleh mengelak kemelesetan walaupun bank pusat terus agresif menaikkan kadar faedah.

Walaupun mengakui tahun ini adalah mencabar berikutan kelembapan global, namun dengan kerja yang dilakukan bank pusat, mereka boleh mengekalkan keseimbangan sehingga tahun depan dan mengelak daripada kemelesetan.

RBNZ pada hari Rabu telah meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas dan memberi isyarat lebih banyak kenaikan akan datang sebagai usaha mengekang inflasi yang mencapai paras tertinggi 32 tahun pada suku kedua.

Dalam pada itu, New Zealand turut melaporkan defisit belanjawan tahunannya yang lebih baik daripada jangkaan kerana ekonomi menunjukkan prestasi yang positif.

Robertson yang juga merupakan menteri kewangan negara, turut memberitahu bahawa kekurangan tenaga kerja kekal menjadi isu utama ekonomi pada masa ini.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan bahawa keadaan mungkin bertambah buruk sekiranya rakyat pergi ke luar negara untuk mengejar gaji yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat