Jangan Sambil Lewa Trade Pada Sesi New York Malam Ini!

1,065

Dolar Amerika terus berpegang pada keuntungan dengan berlegar di sekitar paras ketinggian enam bulan berbanding mata wang utama pada sesi Eropah.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan kukuh pada paras 105.00.

Raja mata wang itu berada di landasan untuk keuntungan mingguan berturut-turut terpanjang dalam sembilan tahun, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat yang berdaya tahan.

Sementara mata wang yuan pula menjunam ke paras terendah sejak 2007, dilemahkan oleh ekonomi China yang menyuramkan.

Pengukuhan greenback terus menekan mata wang utama untuk terperangkap pada paras terendah.

Mata wang euro jatuh di bawah paras 1.0700 untuk kali pertama dalam tempoh tiga bulan, manakala pound pula tergelincir bawah paras 1.2500 berbanding dolar greenback.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand dilihat meningkat pada Jumaat, berusaha untuk bangkit dari paras terendah 10 bulan berbanding US dolar.

Kedua-dua mata wang memanfaatkan peluang daripada penyusutan greenback pada sesi Asia terdahulu, sebelum mengehadkan keuntungan tersebut pada sesi Eropah.

Dalam pada itu, dolar Kanada merosot ke paras terlemah enam bulan berbanding US dolar ketika tumpuan pasaran tertumpu pada penerbitan data pekerjaan Kanada malam ini.

Yen pula kekal bergelut pada paras terendah 10 bulan, selepas beberapa pihak berkuasa Jepun mula memberi petunjuk tidak langsung untuk campur tangan dalam pergerakan mata wang itu yang tidak menentu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat