Jangan Seronok Sangat USD Junam, Minggu Ini Ada Data Lebih Besar!

473

US dolar menjunam rendah selepas dikejutkan oleh bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih lemah daripada jangkaan pada bulan Jun.

Tidak seperti yang diharapkan untuk menambah sebanyak 224,000 pekerjaan, ekonomi AS hanya meningkatkan pekerjaan sebanyak 209,000 sahaja pada bulan lepas.

Pertambahan yang dicatatkan adalah paling rendah sejak Disember 2020, berkurang daripada rekod 306,000 pekerjaan yang dikemaskini daripada bacaan awal sebanyak 339,000 pada bulan Mei.

Sementara kadar pengangguran pula menepati jangkaan untuk dicatatkan pada 3.6% daripada 3.7% sebelumnya.

Ekoran daripada bacaan menyuramkan itu, raja mata wang US dolar jatuh lebih rendah berbanding pesaing utama, menyaksikan indeks dolar didagangkan pada 102.30 ketika sesi Asia.

Data inflasi AS kini menjadi fokus pasaran seterusnya yang akan dikeluarkan pada hari Rabu yang dijangka terus mencatat penurunan pada bulan Jun.

Pasaran sesi Asia hari ini dihiasi oleh data inflasi tahunan China yang tidak berubah pada bulan Jun. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat reaksi jelas mata wang susulan terbitan data tersebut.

Kelemahan greenback telah menyokong mata wang euro untuk pulih ke sekitar harga 1.0970, manakala pound pula lebih tinggi pada 1.2834 berbanding US dolar.

Beberapa penerbitan data ekonomi dari UK akan menjadi tumpuan pelabur pound minggu ini, dengan laporan pekerjaan pada hari Selasa dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada hari Khamis.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand turut meraih sokongan untuk pulih daripada kejatuhan minggu lalu, dengan tumpuan pelabur juga terarah pada mesyuarat polisi bank pusat New Zealand (RBNZ) pada hari Rabu.

Selain itu, dolar loonie pula turut meningkat selepas disokong oleh data pekerjaan Kanada yang lebih baik daripada jangkaan. Pelabur seterusnya akan menantikan mesyuarat dasar bank pusat Kanada (BOC) juga pada hari Rabu.

Akhir sekali, mata wang yen kembali mengukuh berikutan junaman US dolar, membawanya didagangkan lebih tinggi pada sekitar harga 142.60.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat