Jangan Tekan Brek, Pijak Pedal Minyak! Pasaran Tengah Okay Ke Sekarang Ni?

203

Data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang lemah dorong lantunan besar pada aset berisiko tatkala dolar dan hasil Perbendaharaan menjunam.

Bacaan kadar inflasi tahunan AS untuk Oktober catat paras 7.7%, menurun dari 8.2% semasa bulan sebelumnya dan catatan tersebut adalah di bawah unjuran pasaran 7.9%.

Ia secara tidak langsung mengembalikan semula keyakinan pelabur bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin memperlahankan pengetatan dasar monetari mereka.

Ulas Presiden Chase Investment Counsel, Peter Tuz, ia memberi indikasi positif bahawa usaha Fed dalam meredakan inflasi berjaya dan langkah pengetatan yang dibuat bank-bank pusat sedang membuahkan hasil.

Buat masa ini pasaran meletakkan 85% unjuran bahawa Fed akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas sementara 54% ramalkan kenaikan 25 mata asas untuk mesyuarat seterusnya selepas 4 kali berturut-turut melakukan kenaikan 75 mata asas.

Rentetan itu, Wall Street ditutup pada nota positif dengan Dow Jones Industrial naik 3.7% sementara S&P canak 5.54% dan Nasdaq Composite lonjak 7.35%.

Saham Eropah lonjak ke penutupan tertinggi 11 minggu dengan STOXX 600 naik 2.75% dan indeks MSCI saham global canak 4.57%.

Sesi dagangan awal pagi Asia memperlihatkan Nikkei 225 Jepun naik 2.46%, Topix tambah 1.85%, Kospi Korea Selatan canak 3%, S&P/ASX 200 Australia lonjak 2.65% dan indeks MSCI Asia Pasifik raih 0.21%.

Pada sisi berbeza, hasil Perbendaharaan AS dilihat susut ke paras terendah 5 minggu dengan penanda aras nota 10 tahun naik 85/32 dalam harga pada hasil 3.82% dari 4.142% dan bon 30 tahun canak 125/32 pada 4.0519% dari 4.319%.

Ringkasan mata wang menyaksikan dolar alami penyusutan harian terbesar sejak Disember 2015 dengan indeks greenback turun 2.3% sementara Euro naik 2.07% pada $1.028 dengan Yen Jepun canak 4.26% pada $140.51.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat