Jangan Tergamam! Solana Bakal Meroket 20 Kali Ganda?

299

“Nampak macam berpotensi untuk harganya naik, apa pula pendapat anda semua?”

Sepanjang minggu lepas, Solana (SOL) menyaksikan pergerakan menaik secara berterusan apabila setakat ini melepasi $22 daripada $15 pada 28 Jun 2023 manakala mata wang kripto teratas lain pula mendatar.

Rentetan itu, pelabur veteran Raoul Pal baru-baru ini berpandangan harga SOL bukan sahaja mampu melonjak tinggi malah dapat mengikuti jejak Ethereum (ETH) yang pada masa ini berada pada paras $1,883.

Walaupun SOL mungkin tidak dapat meniru prestasi ETH yang telah canak 47 kali ganda daripada paras terendahnya pada tahun 2018, harga SOL sekurang-kurangnya berupaya melonjak 20 kali ganda dalam masa terdekat ini.

Hal ini kerana Pal sungguh percaya protokol SOL yang mantap ditambah pula pertumbuhan ketara dalam aktiviti rangkaian serta ekosistem mampu menyebabkan anggaran disebutkan beliau itu menjadi kenyataan.

Jika ramalan Pal itu terbukti betul, harga SOL bakal melepasi $400 pada masa hadapan dan ia akan mewakili peningkatan ketara daripada nilai tertinggi sebelumnya pada $259.96, iaitu paras dicapai semasa pasaran kripto berada dalam momentum bullish.

Memang tidak dinafikan tiada pemangkin khusus di sebalik kenaikan harga SOL kini, tetapi beberapa perkara perlu dipertimbangkan seperti kerjasama antara Coca-Cola di Serbia dan platform SOL NFT digelar SolSea.

Mereka telah bergabung tenaga dalam menawarkan non-fungible token (NFT) semasa acara muzik dan sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, Coca-Cola akan menyediakan 100 hoodie eksklusif bersama NFT kepada peserta terpilih.

Sehingga berita ini ditulis, harga SOL melonjak sebanyak 6.74% pada paras $22.10 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $8 bilion seterusnya raih 15.61% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat