Jangan Terkejut, Pantera Capital Samakan Solana Dengan Mac OS Dibangunkan Apple!

269

“Pendedahan sangat mengejutkan, adakah lepas ni harga SOL berpotensi naik tinggi?”

Pantera Capital, sebuah firma berfokus pada blockchain dan mata wang kripto yang memiliki lebih $4.7 bilion dalam aset di bawah pengurusan (AUM) telah merujuk Solana (SOL) sebagai “Mac OS of blockchain” disebabkan kelebihan seni binanya dan peningkatan penggunaannya.

Hal ini kerana pengembangan SOL ke atas Ethereum (ETH) adalah setanding dengan fenomena dalam pasaran PC apabila Apple muncul bagi mencabar penguasaan Microsoft dalam bidang tersebut, ulas Pantera lebih lanjut.

Tambahnya lagi, mengoptimumkan setiap komponen SOL adalah komponen pelan hala tuju pasukan pembangunannya yang akan memberikan kelebihan kepada pengguna dan pembangun seperti pengalaman dipertingkatkan.

Ciri-ciri SOL telah membenarkan pembangunan aplikasi yang sukar digunakan dalam protokol lain seperti ETH, misalnya pantera merujuk Drip memanfaatkan teknik compression non-fungible token (NFT) dan bayaran rendah untuk menyediakan karya seni kepada berjuta-juta wallet tanpa sebarang kos.

Bukan itu sahaja, ia turut menggariskan kapasiti SOL untuk mengehoskan pengedaran content, Depin (rangkaian infrastruktur fizikal decentralized) dan CLOB (central limit order books) susulan daripada yuran rendah serta transaksi latency rendah.

Suka dimaklumkan penggunaan rangkaian SOL berjaya melihat kenaikan luar biasa, di mana bilangan address berbeza canak 1.34 juta daripada 14,000 pada Oktober 2020 dan jumlah pertukaran decentralized turut mengalami peningkatan ketara.

Kelebihan seni bina SOL dan komuniti bertenaga adalah faktor utama yang menunjukkan masa depannya yang cerah, kata Pantera sambil menekankan potensinya untuk pertumbuhan dan inovasi dalam ruang blockchain dan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat