Jangan Terkejut, Trader PEPE Ubah $27 Jadi $14.6 Juta Dalam Sekelip Mata!

2,400

“Kalau semua beli PEPE masa harga murah mesti semua dah jadi jutawan kan?”

Tanpa disedari, terdapat kisah luar biasa berhubung Pepe Coin (PEPE) yang sebelum ini ramai pihak tidak menjangkakan PEPE bakal muncul sebagai pemain terkemuka dalam dunia memecoin tetapi harganya melihat pencanakan luar biasa.

Pada Februari 2024, perjalanan PEPE berlaku apabila terdapat pendakian tidak pernah berlaku sebelum ini sebanyak 200% dalam seminggu dan momentum itu berterusan sehingga harganya memuncak 370% dalam masa tujuh hari sahaja bagi capai $0.0000086.

Di tengah-tengah keterujaan di sekeliling kenaikan besar-besaran harga PEPE, kisah kejayaan seorang trader telah mendapat perhatian meluas apabila trader tersebut berkongsi perjalanannya yang sangat menakjubkan.

Trader itu yang hanya melabur $27 dalam PEPE telah menjana keuntungan lebih $14 juta bernilai 4,100 Ethereum (ETH) dan ini menunjukkan peluang yang tiada tandingan dalam ruang kripto bagi mereka yang bijak mengatur masa pelaburannya.

Memandangkan PEPE terus melihat momentum kenaikan, ramai pelabur optimis terhadap prospek masa depannya di mana pakar menjangkakan harganya akan didagangkan pada paras $0.00000430 pada Mac 2024.

Kisah PEPE menunjukkan ketidakpastian serta potensi pasaran kripto dan dari permulaan sederhana hingga ke tahap luar biasa, perjalanan memecoin tersebut merangkumi semangat inovasi dan peluang yang wujud dalam revolusi kripto.

Sehingga berita ini ditulis, harga PEPE melonjak sebanyak 24.79% pada paras $0.0000079 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $3 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 265.88% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat