Jangkaan 100 PIPS Pergerakan Harga Pada EUR/JPY Menjelang Penetapan Kadar Faedah ECB

1,086

Dagangan Euro pada Khamis masih berisiko menjelang penetapan kadar faedah oleh bank pusat Eropah dalam mesyuarat dasar monetari pada malam ini.

Pelabur masih melihat risiko pada pertumbuhan ekonomi di zon Eropah dan dengan itu juga telah membuatkan bank pusat Eropah bertindak untuk melancarkan pinjaman bank jangka masa panjang. Langkah tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan pinjaman oleh pengguna dan seterusnya merancakkan semula ekonomi pada zon Eropah.

European Central Bank (ECB) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras 0.00% seperti sebelum ini di mana langkah untuk menaikkan kadar faedah berkemungkinan akan ditangguhkan sehingga tahun hadapan ekoran terkesan daripada faktor krisis pertumbuhan ekonomi semasa.

Sementara matawang safe-haven Yen pula masih didagangkan stabil dalam pasaran. Namun sentimen semasa tidaklah dilihat begitu berisiko dan kurang memberi impak terhadap permintaan matawang berpulangan rendah.

Pelabur juga turut berwaspada pada dagangan penghujung minggu ini berikutan tumpuan utama akan terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam esok.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY, harga mula menunjukkan corak pergerakan yang menurun pada minggu ini setelah kenaikan ketara harga pada minggu lalu sehingga mencatatkan paras ketinggian semasa pada EUR/JPY sekitar paras 127.500.

Pergerakan harga pada dagangan semalam dilihat lebih mendatar dan harga berlegar di sekitar paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam yang juga berada pada zon RBS (resistance become support) 126.300.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang dibuka lebih rendah dari paras Magic Pivot 126.350 hari ini masih dilihat menguji zon RBS semalam menunggu sesi pasaran Eropah dibuka.

Penurunan harga dijangka akan menguji zon RBS 125.900 berhampiran paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line dan jika harga berjaya turun lebih rendah, destinasi yang dilihat akan menjadi tumpuan harga seterusnya adalah ke paras 125.400 untuk harga mencatatkan penurunan sekitar 100 pips pergerakan harga.

Namun, harga yang berjaya melonjak semula berkemungkinan mampu menuju ke paras resistance 126.898 (MagicR3) untuk menguji semula zon resistance sebelum ini.

Lihat gambar chart EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras tumpuan harga pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 126.170, 125.986, 125.806.

Paras resistance: 126.534, 126.714, 126.898.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat