Jangkaan Harga Minggu Ini, USD/JPY Cenderung Naik Atau Jatuh?

271

Menarik untuk pelabur perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY sepanjang dagangan minggu lalu.

Paras harga 134.00 menjadi rintangan yang gagal dilepasi dengan harga bergerak dalam julat dari ketinggian tersebut sehingga ke paras sokongan pada 132.00.

US dolar bergerak lemah pada minggu lalu susulan pasaran menerima isyarat lebih jelas berdasarkan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dilihat akan mendorong Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan dasar monetari.

Namun, setelah harga susut di paras 132.00, berlaku lantunan semula harga di penghujung minggu dengan jangkaan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) selain kenyataan hawkish oleh Gabenor Fed, Christopher Waller yang menyokong pengetatan dasar diteruskan lagi.

Turut menyokong pergerakan menaik harga adalah penyusutan ke atas mata wang Yen apabila pasaran menerima isyarat dovish oleh Gabenor Bank of Japan (BOJ) Kazuo Ueda yang dilihat masih akan mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Justeru, ini dilihat akan terus mendorong Yen bergerak lemah untuk beberapa tempoh terdekat ini.

Kenaikan harga pada penghujung minggu lalu yang kembali bergerak di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam mencadangkan corak kenaikan diteruskan minggu ini.

Pergerakan harga di awal minggu perlahan di zon 134.00 yang menjadi rintangan penting untuk ditembusi harga.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, harga bakal catatkan ketinggian terbaru 5 minggu dengan sasaran yang dilihat berada pada 135.00.

Namun jika harga sebaliknya menjunam semula, paras sokongan MA50 akan diuji sebelum harga melanjutkan penurunan ke 132.00.

Tembus lebih rendah akan mendorong harga susut sehingga ke sekitar zon tumpuan 130.700 yang sebelum ini turut merupakan zon sokongan buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat