Jangkaan Lonjakan Tinggi Bitcoin Disember Ini!

378

Candle Bitcoin bagi bulan September ditutup melepasi paras harga $13,000 buat kali pertama sejak 2017. Tidak cukup dengan itu, aset kripto yang dominan menunjukkan lonjakan jelas sepanjang dua bulan lalu.

Susulan daripada itu, Bitcoin dijangka sedang berada di fasa peralihan sebelum lonjakan terbaru bagi Disember, berdasarkan dua faktor.

Pertama, aset itu sedang berada di dalam kitaran post-halving.

Sedia maklum, bagi setiap empat tahun Bitcoin akan mengalami situasi block reward (ganjaran blok) sebanyak dua kali yang mana akan mengurangkan pergerakan BTC baru yang dilombong sebanyak 50%.

Kebiasaannya harga BTC akan berada di kemuncak 14-16 bulan selepas pengurangan bagi dua kitaran terdahulu. Maka, tidak mustahil akan berlaku lonjakan terbesar pada pertengahan 2021.

Kedua, minat dalam kalangan pelabur runcit baru dan biasa berada di tahap rendah.

Kebanyakan permintaan Bitcoin berlaku dalam kalangan pemegang terbesar aset itu. Fenomena itu menyumbang kepada peningkatan jumlah dalam pasaran derivatif Bitcoin seperti CME, Bakkt dan LedgerX, termasuk pertukaran berpusat yang menawarkan dagangan niaga hadapan.

Buat masa sekarang, Bitcoin menunjukkan aliran menaik bagi carta mingguan dan bulanan tanpa penyusutan tiba-tiba. Jika momentum BTC ini kekal melonjak tanpa sebarang pembetulan besar, ia akan mendorong kepada peningkatan minat arus perdana.

Justeru, berdasarkan ketahanan harga Bitcoin melepasi $15,000 buat kali pertama sejak 2017 dan aliran menaik yang tinggi, menambahkan keyakinan lonjakan aset itu pada Disember

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat