Jangkaan Penganalisis Tersasar! Data Pekerjaan A.S Dilaporkan Kukuh Pada Bulan Mei!

913

Laporan pekerjaan yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan tanda-tanda yang positif apabila kadar pengangguran AS pada bulan Mei mencatat kejatuhan daripada kadar 14.7% yang dicatat pada bulan April kepada 13.3%. Angka ini adalah berlawanan daripada jangkaan para pakar yang menjangkakan bahawa pemberhentian pekerja yang disebabkan wabak Covid-19 akan mendorong kadar pengangguran meningkat lebih tinggi.

Jabatan Tenaga Kerja melaporkan bacaan NFP meningkat sebanyak 2.509 juta pada bulan Mei berbanding jangkaan penurunan sebanyak 8 juta dan kadar pengangguran meningkat kepada 19.5%.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa hampir semua sektor ekonomi mencatat peningkatan dalam tambahan pekerjaan bermula dari sektor pembuatan sehinggalah kepada sektor kesihatan dan pendidikan. Sektor yang paling banyak menambah bilangan pekerjaan ialah sektor hiburan dan perhotelan, dimana 1.24 juta pekerjaan telah ditambah.

Penganalisis berpendapat bahawa angka-angka yang dicatat mengambarkan bahawa perkembangan ekonomi sejak penularan wabak Covid-19 adalah sangat volatile (tidak stabil). Menurut Dario Perkins yang merupakan ketua strategi TS Lombard Research menyatakan bahawa sebelum ini data yang dilaporkan adalah sangat buruk dan kini ia bertukar menjadi sangat bagus. Justeru, isu dalam 2-3 bulan ini akan menjadi detik penting untuk diperhatikan

Secara keseluruhan, data yang dikeluarkan ini menunjukkan pengambilan pekerja berkembang pada kadar yang pantas. Walaubagaimanapun, penganalisis berpendapat bahawa AS masih mencatat bacaan kadar pengangguran yang salah satu tertinggi di dunia.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 96.763 setakat jam 09.20 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat