Jangkaan Pengurangan Pembelian Bon ECB Melemah, Euro Jatuh Ke Paras Terendah

71

Matawang Euro jatuh ke paras terendah hari ini selepas Presiden European Central Bank (ECB), Mario Draghi tidak akan memberi sebarang mesej baru tentang polisi monetarinya pada persidangan Jackson Hole, Federal Reserve US.

Pasangan matawang EUR/USD susut ke paras terendah 1.1692 daripada 1.1753, dan kembali pulih ke paras 1.1733, dengan penurunan sebanyak 0.01% setakat jam 5.10 petang.

Reuteres melaporkan ulasan Draghi akan tertumpu kearah memupuk ekonomi dunia yang dinamik, yang juga merupakan tema persidangan tersebut.

Laporan tersebut melemahkan jangkaan bahawa ECB akan mengumumkan pelan mereka untuk mengembalikan program ransangan monetari serta mengurangkan pembelian bon (tapering) dalam persidangan yang bakal berlangsung 25 ogos nanti.

Ucapan Draghi menjadi tumpuan kerana pasaran menjangkakan beliau akan memberi petanda berkenaan perubahan pada polisi ECB kerana pada persidangan Jackson Hole tahun 2014 yang lalu, Draghi pernah mengumumkan asas-asas kepada program pelonggaran kuantitatif  (QE) mereka.

Euro juga semakin lemah berbanding sterling dengan EUR/GBP jatuh 0.24% kepada 0.9096. manakala EUR/JPY pada awalnya susut ke paras terendah 129.62 , kembali pulih ke paras 130.12, meningkat 0.19%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat