Jangkaan Penurunan Meleset, EUR/USD Patah Arah Buat Kenaikan Semula

157

Jangkaan pelabur terhadap pengukuhan US dolar meleset apabila prestasi yang dipamerkan pada Selasa semalam lebih suram berbanding corak peningkatan nilai pada pembukaan pasaran awal minggu.

Sentimen pasaran masih berisiko dipenuhi dengan lambakan laporan berkenaan Covid-19 di China dengan lonjakan kes jangkitan, kematian baru yang dilaporkan serta peningkatan sekatan pergerakan semula.

Namun, tumpuan terhadap minit mesyuarat FOMC yang bakal diterbitkan pada awal pagi Khamis berkemungkinan membuatkan pelabur lebih berwaspad terhadap pergerakan raja mata wang tersebut ketika menilai pandangan para penggubal polisi Federal Reserve (Fed) yang bercampur-campur.

Sementara mata wang Euro cuba untuk memanfaatkan ruang untuk meningkat lebih tinggi berbanding US dolar, namun pergerakan harga yang dipaparkan masih perlahan.

Penggubal polisi bank pusat Eropah (ECB) dilihat lebih cenderung ke arah pengetatan dasar monetari dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas masih menjadi pilihan.

Jika dinilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah kembali paparkan corak menaik semula pada Selasa semalam selepas corak penurunan pada Isnin lalu tidak diteruskan.

Harga dilihat telah melantun semula dari paras sokongan 1.02400 dan menguji paras 1.03000 di penghujung sesi New York dan harga mendatar di sekitar tersebut sehingga bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi Rabu ini.

Selepas kenaikan harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD, pelabur menilai sebagai isyarat untuk pergerakan trend bullish semula.

Sekiranya kenaikan diteruskan, harga bakal menuju ke paras 1.04000 untuk menguji rintangan tersebut sebelum menyambung kenaikan ke zon rintangan 1.05000.

Mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu akan mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 21 minggu.

Sebaliknya, waspada jika harga kembali menjunam semula di bawah paras 1.03000 dan berkemungkinan menembusi paras sokongan semasa pada 1.02400.

Harga boleh susut sehingga ke zon tumouan 1.01000 selepas isyarat lebih jelas pergerakan untuk trend bearish.

Sementara menantikan minit FOMC, pasaran akan terlebih dahulu memberi tumpuan pada terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan juga Amerika hari ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat