Jangkaan Positif Terhadap Polisi Fiskal U.S. Menolak Dolar Lebih Tinggi

43

US dolar mengukuh pada Jumaat dan dijangka merekod kenaikan terbesar hari ini dalam tempoh dua minggu berikutan kemajuan dalam reformasi percukaian Amerika Syarikat. Perkembangan terbaru ini sudah tentu meningkatkan jangkaan terhadap polisi fiskal yang akan mendorong ekonomi.

Citarasa kepada risiko (risk-appetite) juga melonjakkan pasaran saham Eropah. Setakat pada pukul 8.49 malam pada Jumaat, indeks-indeks utama Eropah didagang positif.

“Hari ini kita melihat kenaikan US dolar berikutan jangkaan pasaran yang semakin positif terhadap reformasi cukai US dan ini menjadikan pelabur berhati-hati dengan pasangan matawang EUR/USD menjelang mesyuarat ECB minggu depan,” kata Richard Falkenhall, ketua strategi forex di SEB Stockholm.

Indeks US dolar merekodkan kenaikan 0.28% setakat pukul 8.50 malam dengan kejatuhan EUR/USD sebanyak 0.30%.

Kelulusan Senat terhadap cadangan bajet untuk tahun 2018 menaikkan semula jangkaan terhadap pemotongan cukai tidak lama lagi.

US Dolar sejak daripada Khamis disokong oleh kenaikan hasil-bon 10 tahun US yang mana kadar faedah jangka panjang itu mencapai paras 2.37% berikutan pelabur melihat perkembangan positif dalam polisi fiskal dijangka akan menolak inflasi lebih tinggi.

Pelabur menjangka polisi fiskal akan menolak inflasi lebih tinggi, seterusnya akan menambah tekanan kepada The Fed untuk menaikkan kadar faedah. Terma untuk perkara ini adalah “Trumpflation”.

“Kita melihat sentimen Trumpflation kembali semula ke pasaran, tetapi kita masih bimbang untuk membeli US dolar hanya kerana perkara ini dan kita perlu lebih jelas dengan situasi semasa. Namun, kami jangka pengukuhan dolar pada suku terakhir tahun ini, kata Thu Lan Nguyen forex strategist di Commerzbank Frankfurt.

Menjelang pilihanraya Jepun pada Ahad, tinjauan menunjukkan Shinzo Abe akan menang selesa. Dolar New Zealand pula jatuh ke paras terendah lima bulan lalu disebabkan kebimbangan polisi kerajaan baru.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat