Jauhi Amerika, Arab Saudi Sertai Blok Keselamatan China!

2,440

Arab Saudi telah bersetuju untuk menyertai Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sebagai rakan dialog pada hari Rabu.

Kabinet meluluskan keputusan itu pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja Salman bin Abdulaziz, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Langkah ini dilihat akan membawa Arab Saudi lebih jauh daripada kepentingan Amerika Syarikat selain mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS.

Umumnya, SCO telah ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai organisasi politik, ekonomi dan keselamatan untuk menyaingi institusi Barat.

Selain China, lapan anggotanya termasuk India, Pakistan dan Rusia, serta empat negara Asia tengah Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Iran menyertai SCO sebagai ahli tetap tahun lepas.

Penyertaan ini juga menandakan satu lagi langkah ke arah mengeratkan hubungan antara Beijing dan Riyadh dan meluaskan pengaruh China di Timur Tengah.

Langkah itu dibuat kurang daripada tiga minggu selepas pelancaran perjanjian perdamaian antara Arab Saudi dan Iran, di mana China menjadi pengantaranya.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat