Jawatan Mario Draghi Akan Digantikan Oleh Seorang Wanita?

388

Ketidaktentuan pada kepimpinan di Eropah kembali menambahkan kegelisahan terhadap pasaran. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah calon utama yang dikaitkan untuk menggantikan jawatan Mario Draghi sebagai presiden bank pusat Eropah pada 31 Oktober nanti.

Para pemimpin Kesatuan Eropah pada Selasa telah bersetuju mencalonkan Christine Lagarde sebagai ketua baru di European Central Bank (ECB) selain menetapkan empat lagi posisi jawatan yang penting dalam Kesatuan Eropah selepas maraton rundingan yang mendedahkan pembahagian lebih lanjut dalam blok tersebut.

Christine Lagarde adalah merupakan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF) dan namanya dikaitkan sebagai calon utama menggantikan Gabenor ECB, Mario Draghi.

Selama tiga hari persidangan rundingan berlangsung berakhir dengan perjanjian yang harus disahkan oleh Parlimen Eropah dan telah ditolak serta merta oleh sosialis dan blok hijau dalam perhimpunan di Strasbourg.

Para pemimpin berharap pencalonan dua wanita iaitu Lagarde dan juga Menteri Pertahanan Jerman, Ursula von de Leyen sebagai jawatan penting yang diputuskan oleh Kesatuan Eropah untuk pertama kali, akan memberikan mesej yang positif dan memulihkan semula kerosakan yang terkesan oleh persidangan.

Perselisihan yang berlaku sebelum ini menggambarkan perpecahan yang lebih luas dalam pusat politik Eropah yang terbukti pada pilihanraya Parlimen Eropah Mei lalu di mana melihatkan perhimpunan yang berpecah-belah antara blok.

Di bawah perjanjian, von der Leyen iaitu sekutu rapat kepada Canselor Jerman Angela Markel bakal menggantikan jawatan Jean-Claude Juncker sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah dalam cabang eksekutif Kesatuan Eropah.

“Akhirnya, Eropah akan dipimpin oleh wanita.” Berikut kenyataan yang diucapkan kepada wartawan oleh pengerusi persidangan Kesatuan Eropah, Donald Tusk yang merujuk kepada sejarah tokoh mitos Yunani Purba di Eropah.

Tusk turut mengatakan, Christine Lagarde akan menjadi calon yang sempurna untuk jawatan presiden ECB dan beliau amat yakin Lagarde akan menjadi seorang presiden yang berdikari.

Tanggungjawab terbesar untuk Lagarde adalah untuk memulihkan semula ekonomi di zon Eropah, di mana beliau sebelum ini menafikan sebarang kepentingan dalam jawatan di Kesatuan Eropah.

Namun kebimbangan turut dirasai oleh para pelabur dan pemain pasaran dengan penggantian jawatan penting teraju bank pusat Eropah dengan tidak berlatarbelakangkan karier dalam bank pusat. Beliau dikenali sebagai seorang tokoh politik namun tidak sebagai seorang ahli ekonomi.

Adakah isu pencalonan pemimpin baru ECB ini akan terus menambahkan tekanan terhadap dagangan Euro dalam pasaran? Sama-sama kita nantikan.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat