Jenama Orang Kaya Rupanya ‘Kalis’ Kemelesetan Ekonomi

666

Syarikat barangan mewah, Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH) yang merupakan pemilik kepada jenama-jenama terkemuka dunia seperti Louis Vuitton, Givenchy dan Christian Dior dilaporkan berjaya memperoleh keuntungan besar dalam jualan walaupun ekonomi kini berada dalam keadaan tegang dengan kebanyakan operasi syarikat-syarikat sedang terjejas. 

Buktinya, jualan fesyen dan barangan kulit LVMH melonjak sebanyak 22% susulan permintaan tinggi dalam kalangan orang berada yang berkeinginan untuk membeli beg tangan, jam tangan, barang kemas serta kereta meskipun inflasi meningkat.

Difahamkan semasa berlakunya wabak Covid-19, pelanggan berpusu-pusu beratur di premis Christian Dior serta Chanel di Paris, Berlin dan London dengan kebanyakannya adalah pelancong China yang mengambil peluang keemasan membeli barangan berjenama dengan harga yang lebih rendah di Eropah.

Namun buat masa ini, pembeli China kini semakin berkurangan ekoran terikat dengan dasar Covid-19 sementara rakyat Eropah dan Amerika pula yang meneruskan aktiviti pembelian barangan eksklusif tersebut.

Malah jualan kereta Mercedes-Benz AG, Porsche dan Volkswagen turut melonjak naik selepas golongan berada tetap tertarik untuk membelinya.

Menurut Jean-Jacques Guiony, ketua pegawai kewangan LVMH menyatakan bahawa pelanggan yang kerap berbelanja mewah lebih tertarik dengan pasaran saham berbanding pertumbuhan ekonomi yang perlahan, manakala LVMH berupaya meneruskan kenaikan kos kepada para pelanggannya.

Hal ini berikutan kerana pelanggan tetap membeli jenama beg tangan termahal Sotheby’s dan Hermes Kelly pada harga €352,800 (RM1.6 juta).

Melalui kenyataan seorang penganalisis di Jefferies Flavio Cereda, beliau tidak pasti untuk tempoh aktiviti pembelian berjenama itu dapat berterusan sungguhpun LVMH menunjukkan keputusan yang positif.

“Ini adalah satu penangan daripada pemenang pasca-pandemik,” tulisnya dalam nota kepada pelanggan. Tetapi masih tidak jelas “sama ada kita sedang meraikan kegembiraan terakhir”, tambahnya.

Walaupun begitu, LVMH tetap menewaskan syarikat lain semasa berlakunya pasca-pandemik, tetapi masih tidak pasti sama ada ia dapat mengekalkan kejayaannya pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat