Jepun Gempar! Bekas Perdana Menteri Shinzo Abe Ditembak

922

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ditembak ketika berucap dalam sebuah acara di bandar Nara pada Jumaat.

Penyiar berita NHK News melaporkan Shinzo Abe dipercayai ditembak di dada dan leher dari arah belakang semasa ucapannya.

Beliau telah dikejarkan ke hospital, namun dikhabarkan tidak sedarkan diri atau menunjukkan sebarang tanda vital susulan tembakan itu.

Laporan itu turut menambah bahawa seorang lelaki berusia 40-an telah ditahan tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.

Perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara itu dikatakan berada di bandar Nara untuk membuat ucapan kempen menjelang pilihan raya dewan atasan Ahad ini.

Susulan laporan tersebut, mata wang safe-haven yen dan US dolar melonjak naik dengan didagangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama.

Setakat jam 2 petang waktu Malaysia, Perdana Menteri Kishida Fumio memberitahu bahawa keadaan Shinzo Abe adalah kritikal, dan beliau sedang menjalani rawatan kecemasan oleh doktor yang berusaha untuk menyelamatkan nyawanya.

Bercakap pada sidang akhbar sebentar tadi, Kishida berkata pihak berkuasa akan mengambil langkah sewajarnya untuk menangani situasi itu.

[KEMAS KINI setakat jam 5.00 petang Jumaat] : Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat