Jepun Perlu Lebih Tegas Dalam Isu Dasar Kewangan : Koichi Hamada

78

Penasihat kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengatakan bahawa Jepun perlu menolak mana-mana cadangan yang diutarakan oleh Amerika Syarikat untuk menekan nilai Yen bagi kepentigan perdagangan.

Koichi Hamada, penasihat kabinet dan profesor emeritus di Universiti Yale berketa kepada Reuters dalam satu wawancara bahawa Tokyo perlu bertegas dan menekankan dasar yang diaplikasi terhadap dasar matawang Jepun adalah berbeza dari China.

Dengan kritikan oleh Presiden Donald Trump sebelum ini terhadap dasar-dasar perdagangan Jepun, China dan ekonomi utama yang lain, Tokyo bimbang ia akan menimbulkan kegeseran perdagangan dan merosakkan kepentingan Jepun dan hubungan dengan Washington.

Seorang pegawai kanan AS juga memberitahu bahawa tumpuan AS kini diberikan kepada mana-mana negara yang dianggap memanipulasi matawang sehingga menyebabkan ketidakseimbangan walaupun pergerakan tersebut sebenarnya terjadi diluar kawalan.

Menurut Hamada, Jepun perlu mempunyai pendirian tegas dengan mengatakan bahawa ia mempunyai pendirian yang berbeza dengan China. Hal ini memandangkan Jepun tidak pernah mengamalkan dasar campur tangan di dalam pasaran matawang di bawah dasar Abenomics, disamping meletakkan sasaran yang ketat terhadap ekonomi domestik.

Penting : Ulasan Terperinci Mengenai Serangan AS ke atas Syria dan Kesannya Terhadap Pasaran Global

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat