Penting : Ulasan Terperinci Mengenai Serangan AS ke atas Syria dan Kesannya Terhadap Pasaran Global

130

Amerika Syarikat melancarkan serangan ketenteraan dengan menyasarkan kerajaan Syria sebagai tindak balas kepada serangan senjata kimia yang membunuh berpuluh-puluh orang awam minggu ini termasuk kanak-kanak.

Menurut maklumat daripada pegawai AS, Trump telah memerintahkan serangan 59 peluru berpandu Tomahawk kepada pangkalan udara kerajaan Syria yang juga pusat pesawat pejuang yang menjalankan serangan kimia tempoh hari.

Sumber : CNN

Mogok tersebut merupakan tindakan kali pertama terhadap rejim Presiden Syria Bashar al-Assad di dalam perang saudara yang telah tercetus selama enam tahun sebelum ini yang boleh ditafsirkan Syria sebagai tindakan perang.

Dalam ucapan ringkas Trump kepada pemberita di Mar-a-Lago, beliau telah memerintahkan serangan terbabit dan menyasarkan pangkalan udara Syria yang juga tempat permulaan serangan kimia dicetuskan. Beliau juga menegaskan bahawa ia merupakan tanggungjawab AS untuk memperjuangkan serta menghalang penggunaan senjata kimia yang boleh membawa maut.

Perincian mengenai tomahawk. Sumber : CNN

Beliau juga mengatakan bahawa tiada pertikaian terhadap serangan ini kerana Syria telah terbukti menggunakan senjata kimia yang diharamkan, sekali gus melanggar peraturan di bawah Konvensyen Senjata Kimia.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon, mogok ini dikatakan telah merosakkan dan memusnahkan pesawat Syria serta infrastruktur sokongan dan peralatan di Shyrat Airfield, sekali gus mengurangkan keupayaan Kerajaan Syria untuk menggunakan senjata kimia.

Serangan AS keatas Syria itu juga telah menyebabkan kenaikan mendadak emas dan matawang JPY sejurus selepas serangan dilancarkan. Berikut adalah kesan terhadap serangan AS ke atas pasaran dengan butiran yang lebih terperinci :

  • Emas meroket setinggi $8 atau 0.64 peratus
  • Minyak meningkat sebanyak 0.76 peratus kepada $52.50
  • USDJPY menjunam ke paras terendah mingguan kepada 110.26.
  • USDCAD turut mencatat junaman (kerana pengukuhan CAD) disebabkan kenaikan harga minyak.
  • AUDUSD dan NZDUSD juga berlegar di paras terendah sejurus selepas serangan dilancarkan.

Peningkatan Mendadak Dari Gold Sememangnya Mengejutkan Ramai Trader!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat