Peningkatan Mendadak Dari Gold Sememangnya Mengejutkan Ramai Trader!

54

Emas melonjak ke puncak tertinggi dalam tempoh lima bulan pada sesi Asia sebaik sahaja tentera AS melancarkan serangan peluru berpandu kepada pangkalan udara Syria yang dikawal oleh tentera Presiden Bashar al-Assad.

Emas bagi penghantaran April di comex telah meningkat sebanyak 0.93 peratus kepada $1,265.00 satu troy ounce. Copper menjunam sebanyak 0.04 peratus kepada $2,658 sepound. Serangan tersebut dilancarkan

Semalam, emas terbang lebih tinggi pada Khamis meskipun terdapat jangkaan bahawa kenaikan kadar selanjutnya akan disaksikan pada Jun, sejurus selepas pengumuman data tuntutan pengangguran yang lebih baik dari jangkaan. Tuntutan pengangguran dilaporkan menurun sebanyak 25,000 kepada 234,000 pada minggu berakhir 1 April.

Selepas minit mesyuarat FOMC Mac diumumkan, Fed Rate Monitor Tools menunjukkan jangkaan peningkatan kadar pada Jun meningkat kepada 58 peratus pada bulan Jun berbanding 50 peratus sebelum ini.

Dalam masa yang sama, pelabur terys meneliti keputusan kemuncak pertemuan di antara AS dan China kerana sebarang keputusan yang negatif akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Dialog Jepun-AS Tidak Hanya Terhad Untuk Membincangkan Dasar Kewangan Semata-Mata : Taro Aso

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat