Jepun Sudi Kongsi Ubat Antivirus Kepada 20 Buah Negara Secara Percuma!

4,083

Wabak coronavirus yang semakin parah di seluruh dunia telah mengakibatkan peningkatan kes secara mendadak dari semasa ke semasa. Kini, wabak merbahaya tersebut telah menjangkiti lebih 1.5 juta penduduk dunia serta mengorbankan 88,531 nyawa di seluruh dunia.

Terbaru, Menteri Luar Jepun iaitu Toshimitsu Motegi, mendedahkan bahawa negara matahari terbit itu bakal menawarkan ubat ‘anti flu’ kepada beberapa buah negara termasuk Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi. Tambahan daripada itu, ubat yang dikenali sebagai Avigan itu akan diberikan secara percuma. Selain itu, ianya kini menjalani ujian klinikal sebelum digunakan sepenuhnya.

Tambahan daripada itu, menteri berkenaan turut menyatakan bahawa terdapat 30 buah negara lagi yang berminat untuk mendapatkan ubat tersebut. Oleh itu, mereka bakal menjalinkan kerjasama dengan kesemua negara yang berminat bagi mengembangkan lagi ujian klinikal Avigan ke peringkat antarabangsa.

Avigan yang juga dikenali sebagai Favipiravir merupakan sejenis ubat antivirus yang dicipta oleh Toyama Chemical Of Japan bagi menangani penyakit influenza. Uniknya, penyelidik negara China telah mendakwa bahawa ubat berkenaan turut berkesan bagi merawat COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat