Jerman Tetapkan Tarikh Untuk Hentikan Pembelian Arang Batu Dan Minyak Rusia

243

Janji Eropah untuk menamatkan kebergantungannya terhadap import Rusia bakal ditunaikan selepas Timbalan Menteri Kewangan Jerman, Joerg Kukies memberitahu mereka akan menghentikan sepenuhnya pembelian arang batu pada 1 Ogos dan minyak dari Moscow pada 31 Disember.

Rusia sebelum ini membekalkan 40% arang batu Jerman dan 40% minyaknya, kata Joerg Kukies dalam Forum Tenaga Sydney yang dihoskan oleh kerajaan Australia dan Agensi Tenaga Antarabangsa pada Rabu.

Bagaimanapun, Kukies memberitahu cabaran utama di hadapan adalah untuk mengisi jurang besar yang akan ditinggalkan dalam bekalan gas selepas Jerman dan seluruh Kesatuan Eropah (EU) menamatkan kebergantungan ke atas Rusia yang kini berjumlah 158 bilion meter padu (bcm) setahun.

Jerman sedang bergerak pantas dalam membangunkan terminal import gas asli cecair (LNG) untuk membantu mengurangkan jurang bekalan gas.

Kukies berkata Amerika Syarikat dan Qatar boleh bersama-sama membekalkan kira-kira 30 bcm gas dalam bentuk LNG ke Eropah tetapi masih terdapat jurang yang besar dalam bekalan.

Sementara itu, AS dan sekutu Baratnya dari G7 sedang mengusahakan langkah baharu untuk menekan keupayaan Rusia dalam membiayai perangnya di Ukraine, selain turut berusaha menurunkan harga minyak global pada masa yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat