Jerung Pun ‘Terciduk’, Tesla Rugi $23 juta Dalam Pelaburan Bitcoin!

2,398

Dalam laporan yang dikongsi pada hari ini oleh syarikat pembuatan kereta yang dimiliki Elon Musk, Tesla mengumumkan bahawa mereka telah kerugian $ 23 juta berikutan kejatuhan harga Bitcoin. Semasa pembetulan harga Bitcoin, Tesla merupakan antara pelabur utama dalam aset digital tersebut yang mendapat tempias.

Angka kerugian ini didedahkan dalam laporan pendapatan suku tahunan Tesla.Berdasarkan laporan tersebut, Tesla dilihat berjaya memperolehi keuntungan lebih dari $ 1 bilion untuk pertama kalinya sejak pelancaran syarikat. Walaubagaimanapun, mengenai pelaburan Bitcoin, Tesla telah kerugian $ 23 juta kerana pembetulan harga dalam pasaran kripto pada suku kedua tahun ini.

Laporan tersebut menyatakan sebanyak $1.5 bilion telah dilaporkan, justeru kerugian $23 juta dilihat suatu nilai yang munasabah. Pada April yang lalu, Elon Musk mendedahkan telah melabur sejumlah besar nilai pelaburan Bitcoin.

Pengumuman tersebut telah mendorong harga BTC melonjak dengan ketara pada waktu tersebut. Tesla dalam masa yang sama juga mencatat keuntungan berikutan kenaikan harga Bitcoin bahkan lebih banyak daripada keseluruhan pengeluaran kenderaannya.

Namun harga Bitcoin mula mencatat kejatuhan yang didorong oleh ancaman bertalu-talu dari China dan juga penamatan penerimaan pembayaran Bitcoin oleh Tesla.Pada ketika ini harga Bitcoin didagangkan pada paras $38,398.63, iaitu naik 0.22% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat