Jet Pejuang AS ‘Buli’ Pesawat Awam Iran!

623

Iran hari ini menolak penjelasan AS bahawa jet pejuang negara itu yang dikenali sebagai F-15 sedang melakukan pemeriksaan visual ketika “mengganggu” sebuah pesawat awam Iran yang terbang di ruang udara Syria semalam. Berikutan dengan gangguan tersebut, pesawat malang tersebut terpaksa mengubah laluan bagi mengelakkan insiden pelanggaran, kecedaraan atau mencetuskan rasa panik kepada penumpang.

Sebuah rakaman video mendapati bahawa terdapat beberapa penumpang yang cedera serta menjerit kerana panik.

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat mendakwa bahawa F-15 berada pada jarak yang selamat dengan pesawat yang membawa penumpang itu.

Menurut Naib Presiden bahagian undang-undang Iran, penjelasan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat itu tidak berasas dan mencurigakan. Gangguan yang dilakukan itu jelas menunjukkan bahawa negara kuasa besar berkenaan telah menggugat keselamatan pesawat dan kebebasan pesawat awam.

Pesawat awam Iran itu merupakan hak milik Mahan Air, sedang menuju ke Beirut dari Tehran. Para penumpang mendedahkan bahawa terdapat sebuah jet yang berwarna menghampiri pesawat mereka. Oleh yang demikian, Kementerian Luar Iran akan menjalankan siasatan dengan kadar segera.

Komando Pusat tentera AS, yang mengawasi tentera Amerika di wilayah itu, mengatakan sebuah pesawat F-15 sedang melakukan pemeriksaan visual terhadap pesawat Iran ketika ia melintas di kawasan Tanf di Syria, yang menempatkan tentera negara itu.

Kapten Bill Urban, jurucakap kanan Komando Pusat, mengatakan bahawa jet itu berjarak 1,000 meter dari pesawat itu.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua buah negara iaitu Iran dan Amerika Syarikat telah berhadapan dengan ketegangan sejak 2018, ketika Presiden AS, Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran 2015 dan mengenakan sekatan yang telah mengakibatkan kemusnahan terhadap sektor ekonomi negara berkenaan.

Akibat daripada insiden yang mencemaskan itu, Kementerian Luar Iran semalam mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa tindakan undang-undang dan politik yang tegas akan diambil. Pihak berkuasa penerbangan awam Iran juga berusaha untuk mengemukakan bantahan rasmi kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat