Jet Pejuang Rusia Terhempas Rempuh Apartment, 13 Terbunuh

314

Pihak berkuasa Rusia memaklumkan sekurang-kurangnya 13 orang maut apabila pesawat pejuang mereka terhempas di blok pangsapuri di bandar Yeysk, Selatan Rusia.

68 mangsa berjaya diselamatkan dan 19 mangsa yang cedera sedang diberi rawatan dalam kemalangan yang berlaku pada petang Isnin.

Turut dilaporkan, tiga kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban dalam kemalangan yang berlaku di pangsapuri sembilan tingkat terbabit.

Dua juruterbang jet Su-34 yang sedang menjalankan latihan penerbangan itu berjaya menyelamatkan diri masing-masing dengan bertindak melompat keluar daripada pesawat sebelum ianya terhempas melanggar bangunan-bangunan.

Menteri Pertahanan Rusia menyatakan bahawa berdasarkan laporan daripada dua juruterbang pesawat pejuang berkenaan, punca pesawat terhempas adalah disebabkan oleh kebakaran pada salah satu enjin semasa pesawat berlepas.

360 orang mangsa yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di sekitar kawasan tersebut juga merupakan antara mangsa-mangsa yang diselamatkan.

Bandar Yeysk merupakan kawasan latihan ketenteraan Tentera Laut Rusia dan ianya terletak berhampiran dengan zon perang di timur Ukraine.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia berkata mereka sudah membuka kertas siasatan dan akan menghantar pasukan penyiasat ke kawasan kejadian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat