Jika Biden Menang, ‘Menangislah’ Google!

1,135

Menurut pakar antimonopoli, kes antimonopoli yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) terhadap Google akan mendapat pengadilan yang sewajarnya jika Demokrat Joe Biden memenangi presiden AS bulan depan.

Manakala William Kovacic, seorang profesor antimonopoli di George Washington University Law School, mengatakan bahawa beliau berharap agar Biden dan DOJ akan melakukan salah satu daripada dua perkara iaitu menyokong kes yang sedia ada, atau mengubah aduan tersebut dengan mengemukakan tuntutan baru.

Tambahnya lagi, kes tersebut didakwa tidak akan ditarik balik.

DOJ meminta sebuah mahkamah pada hari Selasa untuk membuat pendakwaan terhadap Google Alphabet yang telah melanggar undang-undang antimonopoli untuk mengekalkan penguasaannya dalam iklan carian dan carian. Namun begitu, Google telah menafikan dakwaan tersebut.

Walau bagaimanapun, kempen Biden menolak untuk mengemukakan sebarang komen mengenai tuntutan itu. Sementara itu, jurucakap Bill Russo mengatakan bahawa pentadbiran Biden akan bekerjasama dalam permasalahan berkaitan Big Tech dengan Rep David Cicilline, yang telah mengemukakan laporan bahawa Google menggunakan taktik perniagaan yang agresif untuk menggagalkan pesaingnya.

Pada bulan Mei yang lalu, Biden menyatakan bahawa isu berkaitan dengan Big Tech perlu ditelilti.

Berikutan dengan itu, terdapat ramai pihak yang bersetuju dengan pandangan calon Demokrat berkenaan.

Selain itu, langkah yang bakal diambil oleh Biden dikhabarkan berlainan daripada Presiden Donald Trump dan konservatif lain yang bertindak mengecam beberapa syarikat teknologi kerana didakwa menyekat suara konservatif.

Di samping itu, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan berkemungkinan akan mendorong Google untuk bersetuju agar tidak melakukan diskriminasi dalam pencarian atau mengakhiri desakan bahawa produk Google seperti Chrome akan       pre-installed di telefon pintar Android sebagai pertukaran untuk akses ke Play Store Google.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat