Jika Gagal Patuh SOP, Malaysia Bakal Berdepan Gelombang Virus Ketiga

245

Riang hati apabila semalam secara rasminya Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini.

Tapi jangan terlalu suka, rakyat Malaysia! Menurut kenyataan daripada Menteri Kesihatan Noor Hisham Abdullah, Malaysia berpotensi untuk memasuki gelombang ketiga jangkitan COVID-19.

Gelombang pertama yang berlaku pada awal tahun ini merupakan jangkitan daripada pelancong China. Gelombang kedua pula melibatkan kes import.

Justeru, beliau menyimpulkan gelombang ketiga akan berlaku jika rakyat Malaysia tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan.

Bagaimana gelombang ketiga boleh berlaku? Ini konsep mudahnya. Kluster baharu yang aktif diibaratkan ‘bara’, manakala mereka yang melanggar SOP sebagai ‘bahan bakar’. Jika kedua-dua elemen ini bersatu, akan mengakibatkan ‘kebakaran besar’.

Beliau menjelaskan lagi jika kadar kebolehjangkitan (R-NAUGHT, R0) meningkat lebih 1.6, peningkatan kes akan berlaku secara mendadak. Sehingga semalam, R0 berada pada 1.36, meningkat tinggi berbanding 0.3 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih membimbangkan, jika jangkitan meningkat 2,000 hingga 3,000 kes sehari, hospital tidak dapat menampung jumlah pesakit. Pihak kerajaan juga akan lebih menfokuskan kepada rawatan jangkitan berbanding mencegah tunjang utama jangkitan wabak itu.

Rekod jangkitan kes di Malaysia sehingga kini ialah 8,904 kes dengan 8,601 kes sembuh, 124 kematian dan 179 kes aktif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat