Jokowi ‘Merisik’ Elon Musk Untuk Melabur Di Indonesia

291

‘Mas Joko Widodo udah maju ke hadapan, Pak Long Mail tak boleh ketinggalan macam ni.’

Negara ekonomi gergasi Asia Tenggara, Indonesia mahu memanfaatkan sumber aslinya dengan ‘merisik’ syarikat-syarikat gergasi kenderaan elektrik (EV) untuk membuka kilang di sana.

Perkara ini dizahirkan Presiden Joko Widodo atau mesra dipanggil Jokowi yang menyatakan kerajaannya  giat mengadakan perbincangan dengan Tesla, Ford dan syarikat EV lain untuk menubuhkan kemudahan pembuatan termasuk kilang kenderaan di Indonesia.

Ulas Widodo sebaik perjumpaan bersama Elon Musk ketika Mei lalu, beliau  mencadangkan tawaran untuk jutawan itu membuka kemudahan rantaian bekalan Tesla di Indonesia.

Selain itu, Jokowi turut menyatakan Musk telah menghantar pasukannya ke Indonesia 6 minggu lalu bagi ‘memantau keadaan dan memeriksa potensi nikel’ selain menjemput jutawan itu untuk ke persidangan kemuncak G-20 yang dianjurkan di Bali.

Sebagai pengetahuan, Indonesia kaya dengan sumber asli timah, tembaga, nikel, kobalt dan bauksit yang menjadi bahan utama dalam membuat bateri EV.

Sungguhpun begitu, Jokowi telah mengharamkan eksport komoditi utama bagi tujuan menstabilkan harga domestiknya.

Terang beliau, usaha itu dilakukan bagi melindungi nilai tambah komoditi tersebut daripada terus dimanfaatkan negara luar sahaja.

Ekoran daripada itu, Jokowi telah mengajak syarikat-syarikat EV lain ke Indonesia untuk memanfaatkan kemudahan sumber asli tersebut bersama dalam usaha menjadikan Indonesia sebagai pemain global utama bateri dan pengeluar EV.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat