Jom Recap! Ini 7 Artikel Intraday Paling Dapat Perhatian Sepanjang Tahun 2023

252

“Selamat Tahun Baru 2024 buat para pembaca Intraday, admin doakan agar segala keazaman dan cita-cita yang ingin dicapai pada tahun ini dapat dipermudahkan dengan izin-Nya.”

Tanpa buang masa, jom kita recap kembali artikel-artikel yang paling mendapat perhatian pada tahun 2023 dalam kalangan para pembaca Intraday!

1. Panasonic Nak Tutup Kilang, Ramai Akan Dibuang?

Pada Jun lalu, beratus-ratus pekerja Panasonic Malaysia Manufacturing Bhd mungkin bakal hilang pekerjaan selepas ia dilaporkan akan menutup lebih banyak operasinya di sini.

Syarikat pembuatan Jepun itu dipercayai akan menutup kilangnya selepas pelbagai isu yang dihadapi termasuk kes tuntutan mahkamah sehingga menyebabkan pengarah eksekutif dan 15 pengurusnya diberhentikan.

Artikel ini telah disiarkan pada 1 Jun 2023.

2. PMX Nak Jadikan Forest City Johor Sebagai Financial Hub Macam Dubai?

Seiring ekonomi MADANI, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Forest City, Johor sebagai Zon Khas Kewangan ketika berucap pada majlis dialog Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Johor.

Langkah tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan pelaburan asing ke Malaysia selain merancakkan pembangunan ekonomi di sekitar kawasan tersebut.

Artikel disiarkan pada tanggal 28 Ogos 2023.

3. Daihatsu Digantung Operasi, ‘Kantoi’ Palsukan Ujian Keselamatan Selama 30 Tahun!

Jenama terkenal Jepun, Daihatsu digantung pengeluaran kilang domestiknya ketika anak syarikatnya iaitu Toyota bergelut dengan skandal ujian keselamatan yang melibatkan 64 model kereta sejak lebih tiga dekad lepas.

Syarikat itu mengaku kesalahannya dalam memalsukan ujian kemalangan ke atas empat model yang dikeluarkan di Thailand dan Malaysia dari 2022 hingga tahun ini. Mereka juga mengakui bahawa kesilapan itu dilakukan sepanjang keseluruhan proses pengeluarannya dengan data palsu ditemui dalam siasatan dalaman sejak tahun 1989.

Artikel ini telah disiarkan pada 28 Disember 2023.

4. Tergempar! Huobi Diarahkan Gantung Operasi Di Malaysia!

Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengambil tindakan terhadap Huobi Global Limited dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Leon Li atas kesalahan mengendalikan bursa aset digital (DAX) di Malaysia secara tidak berdaftar.

SC bukan sahaja mengarahkan Huobi menghentikan operasinya di Malaysia malah melumpuhkan laman web termasuk aplikasi mudah alih pada beberapa platform seperti Apple Store, Google Play dan sebagainya.

Berita ini telah mula mendapat perhatian pada tarikh 22 Mei 2023.

5.  5 Tahun Berdiam Diri, Tiba-Tiba ‘Satoshi Nakamoto’ Bersuara

Selepas lima tahun berdiam diri, akaun X kononnya milik pengasas Bitcoin (BTC) Satoshi Nakamoto muncul semula pada 2 Oktober 2023 susulan aset digital terkemuka tersebut secara tiba-tiba telah dipaparkan.

Melalui post tersebut, Nakamoto telah berjanji untuk menyelidik aspek-aspek masih tidak didedahkan secara jelas dalam whitepaper BTC dalam beberapa bulan akan datang.

Berita ini mula disiarkan pada 3 Oktober 2023.

6. RM681 Juta Duit Cukai Rakyat Malaysia 2022 ‘Lesap’ Begitu Sahaja!

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya mendedahkan laporan sejumlah RM681.71 juta dana awam direkodkan hilang menerusi laporan 2022 (LKAN) disebabkan kegagalan pelaksanaan enam program di bawah kementerian pada tahun 2022.

Dapatan ini diperolehi hasil daripada 16 pengauditan prestasi yang bernilai RM208.882 billion dan kerugian mencecah RM704.58 juta.

Ia mula mendapat perhatian pada tanggal 23 November 2023.

7. Ah Sudah! Amerika Dalam Risiko ‘Government Shutdown’

Apabila Kongres gagal meluluskan 12 rang undang-undang peruntukan tahunan, agensi persekutuan mesti menghentikan semua fungsi dalam kerajaan sehingga Kongres bertindak.

Ini dikenali sebagai ‘government shutdown’ atau penutupan kerajaan. Ia pernah terjadi pada 2018 ketika pemerintahan bekas Presiden Donald Trump.

Artikel ini menjadi perhatian pada tarikh 19 September 2023.

“Baiklah, admin nak ucapkan terima kasih kerana masih setia menjadi pembaca Intraday dan teruskan bersama kami pada tahun 2024!”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat