Jual Saham Lebih $3 Bilion, Jeff Bezos Tak Takut Rugi

545

CEO Amazon, Jeff Bezos membawa definisi sebenar individu yang kaya semakin kaya.

Dilaporkan pada minggu ini figura terkenal itu telah menjual saham dalam syarikatnya yang bernilai lebih daripada $3.1 bilion.

Hanya berdasarkan jualan pada minggu ini, Bezos secara tidak langsung telah memiliki sejumlah tunai keseluruhan bagi 2020 lebih daripada $7.2 bilion setakat ini.

Menariknya, sebelum ini beliau telah menjual lebih daripada $4.1 bilion saham dalam syarikatnya. Namun, baki saham beliau melebihi 54 juta, bernilai lebih daripada $170 bilion.

Posisi Bezos sebagai individu terkaya di dunia masih selamat.

Jualan saham pada kali ini berlaku seminggu selepas Bezos memberi keterangan di hadapan House Antitrust Subcommittee, berikutan daripada isu peningkatan dominasi syarikat teknologi besar.

Antara yang terlibat dalam perbicaraan itu ialah CEO Facebook Mark Zuckerberg, CEO Apple Tim Cook, CEO Alphabet, syarikat Google Sundar Pichai.

Berbanding pada 2019, Bezos telah menjual saham pada nilai $2.8 bilion. Manakala, saham Amazon bernilai sekitar $1 bilion telah dijual setahun sebagai dana untuk syarikatnya, Blue Origin.

Saham Amazon melonjak 73% bagi 2020 termasuk peningkatan sebanyak 2.1% pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat